Ahad, 28 Ogos 2011

Bendera Malaysia


bendera7
  • Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949 menganjurkan pertandingan mereka cipta bendera baru.
  • Daripada 373 corak bendera yang dipertandingan, hanya tiga reka bentuk dikemukakan kepada umum.
  • Reka bentuk ciptaan Mohamad bin Hamzah, seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor telah dipilih melalui pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar Malay Mail.
  • Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan corak bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu
  • Peristiwa itu menandakan buat pertama kalinya Persekutuan Tanah Melayu mempunyai bendera sendiri sebagai simbol sebuah Negara.
  • Buat pertama kalinya, pada 26 Mei 1950 bendera Persekutuan Tanah Melayu megah berkibar di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur.
  • Pada 16 September 1963, bendera Negara telah diubahsuai kepada 14 jalur merah dan putih menunjukkan 14 buah negeri termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura dan bintang juga dipecah 14 bucu. http://www.istiadat.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=21&Itemid=0#

Tiada ulasan:

Catat Ulasan